Thursday, July 14, 2011

Sunday, July 10, 2011

Happy!

Assalamualaikum dan selamat malam

Haiii dah lama dah tak tulis. Penat sangat kerja niii (Haha padahal malas nak online). Malas sebab hari hari balik penat pastu tengok tv je pastu tido. Ulang selama seminggu. Ni baru nak online semua orang nak kacau kenapa?! Okay sorry teremo kejap

Okay ni bagitahu yang aku happy sangat this week! Oh kejap! Yang pasal benda yang aku suka pasal hari isnin tu kan, adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


*Terima kasih Google Image

Yessss! Badminton! Rasa sangat suka gumbira enjoy dan apa apa lah yang sama waktu dengannya SEBAB kalau kat U tu memang gemuk makan banyak tapi tak bersukan. Siap beli raket baru sebab raket lama dah hilang entah ke mana, grip tu pun kaler pink. Comel je ceh ceh :P

Dengan ini aku rasa bersyukur sangat dapat praktikal kat syarikat yang kecik comel lote tapi aktiviti banyokkk memang suruh bagi lemak pecah. Walaupun elaun kecik (sobssobs) tapi working environment yang sangat best, office sejuk tapi gua boleh tahan tak pakai sweater, office mates best, bos yang sempoi boleh buat lawak sengal lak dan yang penting, bos bagi cuti raya! *Tapi kena ganti ke tak eh?

Second thing yang buat aku happy ialah dapat berjumpa Hazirah! Ya kami praktikal dalam satu building yang sama tapi tak pernah jumpa dan baru je jumpa hari tu sebab Hazirah nak pinjam telekung. Hehe tapi at least jumpa lah jugak kan.

Seterusnya, nanti aku dapat workstation baru! Yeay! Tempat kerja aku sekarang adalah ceruk sebelah pantry dan sebelah printer yang bising. Dan lepas ni pindah tempat baru! Dekat dengan pantry, boleh makan makan selalu, dan disebabkan pantry baru macam terasing sikit, bos siap kata : Kita patut letak satu telefon kat sini. Haha biasa lah, pantry kan tempat favourite! :P

Lepas tu, tak payah pakai baju kurung selama 2 minggu kot. Oleh sebab office baru tu baru je siap, kena lah kemas kemas kan. Angkut kerusi meja segala, mana boleh pakai baju kurung, maunya rabak nanti. So bos yang baik hati bagi pakai baju tshirt! Oh seronoknya!

Lagi, start esok, ada indoor games! Congkak, Dam haji,, Karom dengan Dart. Ni game betul betul tau! Ada hadiah! Hari tu group aku dah menang main bowling. Dah dapat satu hadiah hehe. Ni kena main betul betul fuh fuh jampi lebih sikit. Lepas habis indoor, ada badminton tournament! Ni yang paling best sekali. Aku main beregu perempuan dengan beregu campuran. Terbaik!

Lastly, tadi pergi visit moyang dekat kampung. Tua dah dia. Tapi still ingat aku laa. Tadi balik hari je, so masa nak balik tu dia tengok mata aku, aku rasa sedih pulak. Siap cium aku pulak tu, Nasib baik tak bercucuran kat situ huhu

Haaaa tu je post untuk seminggu terus! Hahaha lepas ni kalau rajin tulis lagi. Chow. Peace y'all!