Tuesday, May 31, 2011

Go go Power Rangers!

Assalamualaikum dan selamat tengah malam. Jam kat laptop ni tunjuk 0002. Lepak dulu. Tak remaja lah kan kalau tidur awal awal. Cewah cewah

Tiba tiba teringat kat Power Rangers. Semua orang tahu kannn? Eceh takkan tak tahu kottttt. Ala yang ada 5 orang pakai kostum warna warni jadi hero/ heroin selamatkan dunia dari monsters huduh tuu. Orang Jepun tapi cakap melayu. Yang tiup tiup wisel(eh?) lepas tu robot keluar lawan monsters. Tak ingat? Ah sudah panjang dah explain huh

Masa kecik dulu cerita tuuu lah yang dilayan. Kalau sekarang ni tengok balik, aku macam, 'macam mana aku boleh terjebak suka gila layan benda ni dulu?!' Haha memang. Sailormoon, Cardcaptor Sakura, Dragonball siap beli komik kumpul kumpul semua, yang favourite mestilah Conan! :) Sekarang dah jarang tengok kartun, Upin Ipin je layan. Kartun kat Disney Channel tu pun dah nak muntah tengok, asyik ulang juta juta kali.

Eh hari tu aku ada beli jam(lagi!). Hehe saje tambah collection. Ala tak mahal pun. Mak kata, kalau barang murah, boleh dapat banyakkkkk. So jam ni pun murah, rm10 je. Jam digital Casio tu. Warna warni! Ada 14 colour kot. Rasa macam nak beli semua, tapi nanti dulu, beli sikit sikit duluu hehe. Oh ni pun boleh panggil Jam Power Rangers sebab banyak colour macam Jam Vincci/ Swatch tu,

Esok nak cerita pasal permainan masa kecik, tu pun kalau ingat & ada masa sebab esok nak kemas barang hihi,

Bye!

Monday, May 30, 2011

Nasib baik mimpi.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Mimpi adalah sebuah(?) mainan tidur. Kebanyakan orang akan mimpi sewaktu diorang tidur. Tapi ada sesetengah orang tak. Aku pun kadang kadang tak mimpi pun, pastu bangun pagi sedaya upaya nak recall mimpi padahal tidur mati tak sedar diri. Haha

Hah ni nak cerita pasal mimpi malam tadi. Sebab nak cerita? Sebab mimpi ni sangat rare dan pelik dan ajaib dan aku tak tahu kenapa. Petunjuk maybe? Hahaha. Sebenarnya aku nak cerita yang aku mimpi aku kahwin. HAHA. Jangan tanya dengan siapa sebab aku takkan bagi tahu. Heh heh.

Tapi yang peliknya, masa kahwin tu tak tahu pun kahwin dengan siapa. Tapi lepas kahwin baru perasan, lahhhhh aku kahwin dengan kau?! Boleh tak macam tu? Boleh lah, kata mimpi. Sebelum bersanding, (cewahh panjang pulak mimpi aku siap ada sanding, hehe) kira kat luar dewan tu banyak lah pulak kawan kawan aku datang, salam salam dengan aku, ala macam artis tu, sepanjang jalan ada orang hulur tangan, haha

Eh rasa nak muntah ke? Hold kejap. Kejaaaap je. Haha lepas tu kan, dalam ramai ramai kawan aku tu, ada sorang tu ada aku punya crush masa sekolah rendah! Huuu tu memang best la. Rindu pulak. Kenapa la muncul dalam mimpi je? Aku dah lah lama tak jumpa dia, jangan kata jumpa, nampak pun tak, Facebook pun takde, semua takde lah. Yang aku tahu sekarang dia dekat UiTM ehem ehem je.

Lepas tu borak borak kejap dengan Encik Crush, cakap la sepatah dua kata, lepas tu dah terjaga! Alaaaaa nak cakap lama lamaaaa. Tak puass ( padahal tak ingat pun borak pasal apa haha). Eceh cuba jumpa betul betul, memang sorok muka dalam baju macam kura kura laa. Boleh ke tidokkk?

Wednesday, May 25, 2011

Nur Kasih

Assalamualaikum dan selamat petang

Tengok betapa bosannya hidup sampai ada 2 post dalam sehari. Haha. Hari ahad yang lepas, aku dan adik aku yang kecik pergi la tengok wayang. Kesian dia dah lama tak keluar. Busy lah katakan. Ni pun tengah minggu exam tapi duk lepak macam orang dah habis exam.

Okay sambung balik. Hari tu ingat nak tengok cerita Pirates tu. Tapi pergi KSL City kan, so ramaiiiiii gila orang cina dan confirmlah cerita itu akan full satu panggung. Jadi, terpaksalah aku tengok cerita yang adikk aku beria sangat nak tengok, Nur Kasih.

Aku sebenarnya tak suka tengok cerita yang macam tu, sebab dia macam poyo. Haha apa apa lah. Dah lah tak follow, tiba tiba tengok movie. Tapi tak lost sangat la. Aku benci cerita ni sebab dia buat aku rasa nak nangis. Dammit dammit! Nasib baik gelap. Air mata bergenang je laaa. Huhu. Keseluruhannya, cerita ni okay laa. Gambar cantik, sodap mata memandangnya.

Esok rasa macam nak tengok Pirates. Sape nak ikut? (Bajet macam ada orang baca je harharhar) :P

Si Kucing



Assalamualaikum dan selamat pukul 11.22 pagi.

Wah wah hari ni bangun pagi sikit. Pukul 9.30. Semalam lagi awal. Oh takpe. Ni average lah kannn. Time ni la nak bangun lambat lambat sikit, lepak lepak jap, mandi lambat dan lama lama. Hahaha.

Aku baru online ni. Semalam online 5 minit cilok adik punya laptop jap, lepas tu pergi Angsana sebab nak beli kain untuk baju raya tahun ni memandangkan mak cik jahit baju tu amek tempahan sampai bulan 6 je. Tahun ni baju 3 pasang kot. Tema hijau pucuk pisang. Tapi aku punya baju semua out of theme. Haha susah kot nak cari baju warna hijau pucuk pisang. Buruk.

Okay kali ni nak cerita pasal Si Kucing. Siapa yang rapat dengan aku tahu la aku ada sekor kucing. Nama dia Combi sempena watak dalam cerita Kasim Selamat. Ni betul tau tak tipu punyaaaa hahaha. Sebab abah yang bagi nama, so mesti la klasik sikit kannn.

Si Kucing ni memang mengada ngada. Sombong dengan orang dan hanya berlakon baik masa nak makan. Time tu lah dia duk gesel gesel mintak makan. Kalau tak, haremmmm nak baik ngan orang. Oh dia tak lah sombong dengan semua orang, dia baik dengan abah je. Gedik betul! Kalau korang tengok kemanjaan dia, terasa nak sepak sekali dua.

Pagi pagi kalau aku bangun subuh je, mesti dia tengah duk kat atas riba abah, duk diammmmm je. Kalau aku panggil suh duk atas riba aku, hampeh jalan tak pandang pun. Rasanya antara adik beradik aku ni, aku je yang jarang la main dengan dia. Takut kena cakar. Si Kucing ni angin tak betul gak. Kadang kadang macam kucing gila.

Oh! Aku baru perasan yang kucing aku ni berkawan dengan kucing yang sama colour dengan dia. Hitam-Putih jeee aku tengok. Ada dua ekor; Demok dan Cemong (kot). Haha!



Friday, May 20, 2011

Tension!

Tadi dah tulis post panjang tapi internet bengong dan puffff! Jadilah koko krunch!. Eh tak. Dia HILANG. Okay sekarang malas nak tulis balik nanti lah cerita.

Bye

Sunday, May 15, 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum

Hai. Sebenarnya dah lama rasa nak buat blog dan ramai orang suruh buat blog. Bukan tak nak tapi sebenarnya aku malas. Aku selalu bagitahu orang aku ni malas nak update. Suka baca orang punya je tapi sendiri punya malas nak update hahah.

Tapi, memandangkan aku dan kawan kawan akan pergi praktikal dan akan berpisah selama 9 bulan, rasa nak buat blog datang balik. Lagipun aku tengah sorang sorang kat rumah Kristal ni. Bosan. Tiap hari kerja duduk mengadap TV je. Makan apa ada, baring, santai, hamboi hamboi hamboi. Betul betul macam orang baru habis exam gayanya :P

Sekarang hujan pulak tu, nak tengok TV memang tak laa. Semalam angin tiup sepoi sepoi pun Astro ni bzzzz tak boleh tengok. Memang lepas tu mengadap laptop lah pulak kan. Dah lah kat rumah ni banyak benda rosak. Kat level bawah ni, tinggal 2 lampu je yang boleh pakai. Kat ruang tamu dengan bilik kecik tu. Yang lain hampeh. Mesin basuh pun problem. Entah entah ada tikus tersekat kot. Ke katak lagi? Haha

Okay tu je lah untuk first entry. Lain kali tulis lagi
Bye.