Saturday, June 25, 2011

Tak sabar! Hik hik

Assalamualaikum dan selamat malam lagi

Wah wah 15 minit lagi dah nak masuk hari Ahad. Pastu pejam celik pejam celik dah hari Isnin. Hari Isnin adalah hari yang paling tak best dan paling tak disukai oleh sekalian manusia. Budak sekolah malas nak pergi sekolah, student uni malas nak pergi kelas dan orang kerja malas nak pergi kerja laa.

Tapi ada satu perkara yang aku suuuuuukkkkkkkaaaaaaaaa bila hari ISNIN. Apa dia? Tunggu next entry! Harharhar

Tuesday, June 21, 2011

Gyahhhh

Assalamaualaikum dan selamat tengah malam dah nak tidur dah

Yaaa tajuk di atas menunjukkan contoh bunyi semasa menggeliat. Wah wah wah. Sodappp giteww. Okay geli. Malam ni penat sikit sebab baru lepas main badminton, pastu mandi basah rambut semua sebab dah mandi peluhh *phewww dah lama gila tak bersukan!

Sejak praktikal ni, tu salah satu benda yang best. Diorang setiap hari Isnin ada book court badminton kat sekolah Foon Yew. Main 2 jam. Woo best woh! Gilaaa lama wa tak sukan wa cakap lu. Minggu ni minggu ke-2 main. Okay sikit dari minggu lepas. Minggu lepas bajet terrer sangat badan tough bla bla bla whatsoever, main tak warm up langsung! Bila balik, penat. Esoknya, badan steady lagi. Masuk lusa, waduhhhh sengal dia, seminggu tak hilang kejung hahah

Tapi minggu ni warm up, okay sikit laa. Tapi bab peluh tu, mengalir sampai masuk mata. Hmmm rasanya kena beli contact lens dengan raket ni! Haha tunggu duit masuk laa apa lagi

Okay hari dah malam, esok nak kerja, tata titi tutu!

Thursday, June 16, 2011

Kan dah kata

Assalamualaikum dan selamat malam

Dah lama gila tak update ni, kan dah kata aku ni malas. Bukan tanak berubah, tapi bukak lappy pun malas sebab rasa tido lagi best hahah :P

10hb lepas yours truly punya birthday, happy birthday kepada diri sendiri heheh :) Rasa macam tak percaya dah 21 tahun padahal perangai macam kanak kanak milo sejuk lagi har3. Sempena hari jadi jadian yang tak seberapa, encik abah dan puan emak ajak pergi makan chicken chop rm5 kat hutan bandar, boleh laa :)

Esok birthday si adik bongsu yang ke-16 hehe. Happy birthday! :)

Oh btw jam ni cantik sangat! Ada kat secretbargains.blogspot.com tapiiiiii

Thursday, June 9, 2011

Not bad

Assalamualaikum dan selamat malam.

Dah seminggu lebih tak tulis. Hari tu pergi Sabah. Nak update tapi nanti lah. Penat tak habis lagi hahah. Sejak praktikal ni kan waktu tidur dah bertukar. Balik 530 sampai rumah pukul 6, makan sembahyang tengok tv sikit, pukul 8 dah mengantuk! Tapi hari special case, sebab keluar pergi Giant beli barang jap hehe.

Orang selalu tanya, 'Praktikal macam mana?' dan aku biasanya jawab, 'Okay laa, not bad'. Kerja boleh tahan laa. Nasib baik aku under orang lain. Kalau under orang 'tu', habis laa aku. Hehe. Office mates semua baik baik. Company kecik je, 30+ orang tapi tak hafal lagi nama semua orang. Kila dah lukis pelan, kalau lupa tengok je la balik hihi.

Okay penat dah, nanti tulis balik ye, TATA!

PS: Hazirah, bila boleh lunch sama ni? :P

Wednesday, June 1, 2011

Cintai Aku. Cewah!

Assalamualaikum dan selamat _____. haha

AMARAN: Ini bukan post jiwang karat! :P

Ini merupakan single terbaru Stacy Terlebih Sudah yang bertajuk Kisah dongeng. Video malas nak upload haha. Sila tengok sendiri di Youtube.com okay? Haha




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Practical training

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni hari pertama latihan praktikal aku kat ECR (Effective Corporate Resources Sdn Bhd). Company ni merupakan salah satu JCorp punya company laa. Company ni kecik je. Termasuk aku dengan Kila, 34 orang je. Tu pun duduk kat ceruk belakang, kira okay la daripada takde langsung kan ;)

Mula mula tadi datang pukul 800 pagi. Semangat gila kau. Sekali jumpa dengan Pn Hayati, dia kata office hour start pukul 830, pergi la makan makan ke. Aku kata aku dah makan (padahal belum sebab nervous gila) so duduk je la dekat tempat menunggu tu kan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, cuba teka pukul berapa baru dapat tempat? PUKUL 10+. Gilo

Tapi takpe lah kot. Sebab bos (wah aku dah ada bos!) busy, baru masuk kerja dari bercuti sebab apatah, patah tangan kot. Diorang setting tempat lagi, dimaafkanlah. Aku paham -.-'' Berkenalan dengan staff semua, lepas tu dapat pass masuk, sebab pintu dia macam pintu kelas kat UiTM tu, kena guna smart card. Then pergi jalan ronda ronda JCorp punya department kat Persada pastu Kotaraya pulak. Cis. Oh lupa nak cakap aku punya mentor lelaki.

Selepas beberapa ketika, ada sorang kakak ni panggil aku bagi kerja. Kerja dia kena cari invoice yang dah clear (dah bayar) pastu stamp PAID besar besar. Aku adalah buat 2-3 mistake, salah tarikh, terbalik(haha!) tapi cover sendiri la hihi. File dia satu je tapi banyakkkkk tau! Aku siap pukul 450.

Aku: Kak, saya dah siap

Kakak: Huh? Dah siap? Semua? Sampai habis? Satu file tu?

Aku: ?? Haah dah habis

Kakak: Wow cepatnyaa. Okay okay

Hahah cepat siot aku buat kerja. Esok dah ada kakak cop aku. Ready je laa. Dah habis, aku pergi kat Kila, OMG dia dapat lagi banyakkk! Nasib baik aku tak sama mentor dengan dia hahaha!

Ps: Jumaat mak nak pergi Sabah. Esok kalau bos bagi cuti boleh lah ikut weehuu! Kalau tak...