Sunday, September 25, 2011

Janji Manisku

Hati membeku mengingatkan, Oh kata janji manis mu ohhh

Assalamualaikum dan selamat malam.

Sorry readers aku lambat update blog ni. Almaklumlah busy menggemukkan badan pada setiap weekend. Nasib baik hari ni takde open house. Tapi tolong mak masak soto pulak hehe. Sedap gilooo. Last week soto, hari ni soto, selasa ni pun soto. Haihh tapi soto tetap terbaikk!

*Ehem

Ohh tiba tiba teringat nak letak gambar pergi open house hari tu kaannn. Dah janji mesti kena tepati walaupun lambat. Sorryy yaa -_-'. Eceh macam banyak je readers kau Najwa. Okay sila nikmati gambar2 ini yaa
 Nampak tak  muka penat? Tak nampak? Okaybai

 Cupcakes by Kak Wan

 Ini pun

 Lamb Chop kat rumah Kak Wan! Rugi tak pergi :(

 Yummeyhhh *air liur menitis

 Rumah Mahani aka Kakak Kawasan

 Rumah Kak Yat. *minum sopan hewhewhew

 Rumah Kak Lin. *muka stress PMS

 Rumah Kak Yati. *yang diri tu bos gua hahaha

 Rumah Kak Syikin dengan Midi (bukan bf tau)

 Spot me! *hek elehh

 Ramai gila. Masa ni minum air ribena kelasssss kau!
Cuba teka semua khusyuk tengok apa?

Haa rasanya cukup kot. Ada banyak lagi sebenarnya tapi internet ni lembab betul laa. Menci menci menci! *tumbuk dinding. Okaylah sampai sini je uols. Nanti aku hapdet lagi ye.

TATA TITI TUTU *Lambai2

Saturday, September 10, 2011

Kuih kuih. Sape nak beli kuih? PART 2

Assalamualaikum dan selamat malam

Hai, bertemu lagi kita dalam post ini. Seperti yang aku bagitahu semalam, hari ni 3 open house. Tapi dalam realiti kehidupan hari ini, sempat pergi 2 rumah je disebabkan cuaca di Johor Bahru ni yang hujan selebat- lebatnya. Akibatnya, kain tak kering huh. Tadi pergi pun dah pukul 3 lebih, redah jalan pergi rumah Mahani kat Taman Ehsan Jaya yang tak tahu celah mana, maka aku telah mengambil langkah bijak untuk search jalan kat google map haha.

Lepas melantak soto sedap kat rumah Mahani, kitorang konvoi pulak pergi rumah En Tahir kat Taman Laguna. Tapi kat situ takde lagun pun. Tipu gila. Ceruuuuukkkkkk gila rumah dia tapi sangat cantik! Ada taman kat dalam wa cakap lu. Nak amek segan lah pulak, ramai orang. Tapi diorang kata rumah tu setengah juta je. Kalau kat Shah Alam, ntah ntah dah sejuta kot.

Lepas makan nasi briyani lauk ayam masak merah dengan lima ketul acar nanas, makan buah tembikai, minum fruit punch & tat buah, kitorang pun balik. Pastu singgah jap kat Jusco Bukit Indah tapi jalan diaa, haihhh tak indah langsung! Lobang lobang! Kitorang solat Asar & Maghrib, pastu jalan jalan jap, pastu zassssss! balik lah and now, sitting in front of my lovely lappy writing in my blog. Amboi chewah speaking London gitu.

Haa malam ni kena tido cepat sikit, esok ada 8 rumah, first rumah kena sampai sana pukul 11. So bertolak dalam pukul 1015 kot la gitu gitu. Sebelum tido nak pakai mask supaya esok kulit licin kot kot ada brader nak datang mengorat kan. HAHAHAHA okay bai

*Fineeee lupa lagi pasal kuih. Kuih dah habis makan nanti baru ingat agaknya

Kuih kuih. Sape nak beli kuih?

Assalamualaikum.

Hai selamat pagi semua (1.50 pagi haa semangat kau)

Amacam raya semua? Okay tak okay? Kalau okay tunjuk ibu jari, kalau tak tunjuk jari hantu. Hahah. Tapi sure semua tunjuk ibu jari kannnnn. Tambah ibu jari kaki lagi tu.

Aku tengok semua orang dah update pasal raya. aku je tak. Maklum laaa update blog sebulan sekali. Macam busy je. Poyo sungguh. Tapi takpe. Awak, awak dan awak yang tengah baca tu. Nanti aku upload laa gambar gambar yang aku rasa best he he.

Gambar raya tahun ni tak banyak sangat. Boringgggg. Menyesal tak ambil gambar banyak banyak. So bagi memastikan gambar raya tahun ni nampak meriah, nanti nak ambil gambar masa open house lah. Esok ada 3, Ahad ada 8 rumah. Okay la tu.

*Aku baru teringat nak cakap pasal kuih. Aaaaa tapi dah ngantuk laa. Sambung esok or lusa or tulat or ulat or lat or at hahaha. Okay nanti sambung part 2