Friday, February 10, 2012

Final Countdown!

Assalamualaikum & Selamat Tengahari

Hai readers! Dah lama tak update nih. Maklumlah, kerja 12 jam sehari. So masa nak update pun takde dah. Weekends busy merehatkan diri lah pulak. Hehe.

Hari ni cuti. Sebab kejap lagi nak gerak pergi Kelana Jaya. Esok sepupu kahwin. Last 2 weeks dah buat dekat belah perempuan, so this time belah laki lah pulak.

Next week will be my final week of working. Cukup cukup lah. Penat dah. Hari tu bos ada jugak tanya nak extend satu minggu lagi tak? Woooo memang tak lah. Kalau kerja pagi sampai petang petang boleh lah jugak. Tapi hari hari balik malam, jadi tak boleh la nak consider. Huhu

Semalam bos pulak dah email kat semua yang next week ada farewell ceremony sikit. Ada minum minum petang la gitu. Waaaahhh nervous! Confirm kena bagi ucapan sepatah dua kata punya. Tak tahu nak cakap apa. Tak tahu masa tu akan gugur ke tak air mata ni.

Tapi seriously, bila fikir nak cakap apa, (yelaa takkan nak spontan pulak, lagi la fail), memang rasa nak nangis! I dont know why. Seboleh boleh memang tanak nangis (malu la weh, satu office tengok, sorang sorang pulak tu) tapi tak tahu la diri ni mampu ke tak. Tapi rasa memang tak la. Ahhhh tak tahu nak hadap macam mana nih! Semalam kakak sebelah tu kata nak peluk kuat kuat pun aku rasa macam dah bergenang dah air mata. Wuuu (u_u)

So now, just waiting for the day to come. Lagi 5 hari je bekerja. Oh tak. 4 hari. Sebab last day 17th Feb tu kena pergi meeting. Okay face it!

Tuesday, January 31, 2012

All is well (:

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ni aku tak pergi kerja. Bukan ponteng ye. Tapi emergency leave. Ewah ewah. Sebenarnya mc, tapi oleh sebab tak pergi klinik mintak mc, so jadi emergency leave aje lah. Boleh tak? Macam biasa, sakit yang menyerang hanyalah sakit kepala.

Hehe best jugak duduk rumah. Sebab sekarang kerja memang penat. Mulut ni seboleh boleh tanak mengeluh, tapi dalam hati mengeluh jugak. Bukan ape, serius penat. Hari hari kerja 12 jam for a month. Penat tahu taaaakkkkkk. Haa sampai sakit kepala ni haa. Okay stop.

Btw tinggal beberapa hari lagi je dah nak habis kerja. Hmm lagi 12 hari kot. Cuti semua dah tolak. Oh Thaipusam kena kerja pulakk. Hopefully sampai petang je laa.

Sejak akhir akhir ni, kehidupanku menjadi semakin ceria *hamboi* Dengan mengenangkan kerja dah nak habis, sem baru dah nak masuk, tak sabar nak start belajar sebab penat kerja, happy to leave the company tapi sedih at the same time, being in a good relationship, my cousin kahwin pastu fikir bila pulak my turn, siblings relationship yang memang best gila, parents yang gila gila. I feel blessed. Alhamdulillah :D




Sunday, January 15, 2012

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum readers!

Selamat tahun baru (: Yeeee aku tahu. Dah 2 minggu masuk tahun barunye. Baru dapat tulis entry baru. Haih. Know why? Sebab tahun baru ni lah waktu yang sangat busy. Audit + console, kombo terbaik bulan 12 - 4. Peak period. Masuk kerja macam biasa dah balik lambat. Masuk 830 balik 2100. Gilo power mata dijangka bertambah kerana mengadap pc lama sangat. Haih

Okay tak boleh mengeluh. Sebab tu apa yang aku nak. Nak rasa sangat masa audit dengan console punya tense. Haa amek. Lagi lagi dah jadi contingency sekarang, kerja pun banyak.But Alhamdulillah, semua orang sangat best! Even dalam keadaan yang macam ni pun dapat officemates yang sempoi memang best laa

Hmm apa yang dah terjadi selama dua minggu kita masuk tahun baru ni ye? Errr takde pape yang special kot. Sama je hari hari :P

Ohhh tapi yang ni kelakar! Ada satu hari ni, tolong mak masak kat dapur.

Aku : Singgang si ikan singgang (nyanyi lagu Geylang si Paku Geylang). Oppppss tak boleh nyanyi kat dapur

Mak : Haa nanti dapat laki tua

Aku : Alaa takpe lah laki tua. Kalau muda ewww

Mak : Dah ada calon kak?

Aku : Ehh mana adaaa

And then, the other day, Puan Mak kat dapur, i was on my way to toilet,

Aku : Ohhh emaaakk (lagu oh mama saya mahu kahwin)

Mak: (Muka senyum) Haa biar mak sambung, saya mahu kahwinnnn

Aku: Ehhh mana ada. Takde takde takde

Mak : Haaa kak. Sekarang ni anak no 2 kahwin dulu tau. Tengok tu Abang Sham (my cousin). Anak no 2. Tu anak Pak Cik Amir no 2 pun nak kahwin dulu

Aku: Ohh tu diorang laaaaa

Kenapa dah cakap pasal kahwin ni?!