Sunday, January 15, 2012

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum readers!

Selamat tahun baru (: Yeeee aku tahu. Dah 2 minggu masuk tahun barunye. Baru dapat tulis entry baru. Haih. Know why? Sebab tahun baru ni lah waktu yang sangat busy. Audit + console, kombo terbaik bulan 12 - 4. Peak period. Masuk kerja macam biasa dah balik lambat. Masuk 830 balik 2100. Gilo power mata dijangka bertambah kerana mengadap pc lama sangat. Haih

Okay tak boleh mengeluh. Sebab tu apa yang aku nak. Nak rasa sangat masa audit dengan console punya tense. Haa amek. Lagi lagi dah jadi contingency sekarang, kerja pun banyak.But Alhamdulillah, semua orang sangat best! Even dalam keadaan yang macam ni pun dapat officemates yang sempoi memang best laa

Hmm apa yang dah terjadi selama dua minggu kita masuk tahun baru ni ye? Errr takde pape yang special kot. Sama je hari hari :P

Ohhh tapi yang ni kelakar! Ada satu hari ni, tolong mak masak kat dapur.

Aku : Singgang si ikan singgang (nyanyi lagu Geylang si Paku Geylang). Oppppss tak boleh nyanyi kat dapur

Mak : Haa nanti dapat laki tua

Aku : Alaa takpe lah laki tua. Kalau muda ewww

Mak : Dah ada calon kak?

Aku : Ehh mana adaaa

And then, the other day, Puan Mak kat dapur, i was on my way to toilet,

Aku : Ohhh emaaakk (lagu oh mama saya mahu kahwin)

Mak: (Muka senyum) Haa biar mak sambung, saya mahu kahwinnnn

Aku: Ehhh mana ada. Takde takde takde

Mak : Haaa kak. Sekarang ni anak no 2 kahwin dulu tau. Tengok tu Abang Sham (my cousin). Anak no 2. Tu anak Pak Cik Amir no 2 pun nak kahwin dulu

Aku: Ohh tu diorang laaaaa

Kenapa dah cakap pasal kahwin ni?!

1 comment: