Thursday, January 10, 2013

2013

Hai semua!

Bertemu lagi dalam tahun 2013 ni. Hehe. Lama dah tak tulis. Kalau orang lain selalu cakap blog berhabuk pastu tiup2 fuh fuh fuh kan, tapi in my case, bukan setakat tiup, bahkan harus simbah dengan air cuci dengan sabon terus. Opps ok over.

Tetiba tebiat lak sambung blogging ni pun tak tahu kenapa. Rindu ngan semua orang kot. Yelaa dah tinggal sorang kat rumah kan. Adik kecik syg bucuk2 dah g plkn dah. Huhu

So secara automatik diri ini jadi princess kat rumah. Hihi. Ni perasan sendiri ye. Korang jangan la muntah pulak :P

Azam 2013. Kita sambung next entry k

Hoho ok bye!

Friday, February 10, 2012

Final Countdown!

Assalamualaikum & Selamat Tengahari

Hai readers! Dah lama tak update nih. Maklumlah, kerja 12 jam sehari. So masa nak update pun takde dah. Weekends busy merehatkan diri lah pulak. Hehe.

Hari ni cuti. Sebab kejap lagi nak gerak pergi Kelana Jaya. Esok sepupu kahwin. Last 2 weeks dah buat dekat belah perempuan, so this time belah laki lah pulak.

Next week will be my final week of working. Cukup cukup lah. Penat dah. Hari tu bos ada jugak tanya nak extend satu minggu lagi tak? Woooo memang tak lah. Kalau kerja pagi sampai petang petang boleh lah jugak. Tapi hari hari balik malam, jadi tak boleh la nak consider. Huhu

Semalam bos pulak dah email kat semua yang next week ada farewell ceremony sikit. Ada minum minum petang la gitu. Waaaahhh nervous! Confirm kena bagi ucapan sepatah dua kata punya. Tak tahu nak cakap apa. Tak tahu masa tu akan gugur ke tak air mata ni.

Tapi seriously, bila fikir nak cakap apa, (yelaa takkan nak spontan pulak, lagi la fail), memang rasa nak nangis! I dont know why. Seboleh boleh memang tanak nangis (malu la weh, satu office tengok, sorang sorang pulak tu) tapi tak tahu la diri ni mampu ke tak. Tapi rasa memang tak la. Ahhhh tak tahu nak hadap macam mana nih! Semalam kakak sebelah tu kata nak peluk kuat kuat pun aku rasa macam dah bergenang dah air mata. Wuuu (u_u)

So now, just waiting for the day to come. Lagi 5 hari je bekerja. Oh tak. 4 hari. Sebab last day 17th Feb tu kena pergi meeting. Okay face it!

Tuesday, January 31, 2012

All is well (:

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ni aku tak pergi kerja. Bukan ponteng ye. Tapi emergency leave. Ewah ewah. Sebenarnya mc, tapi oleh sebab tak pergi klinik mintak mc, so jadi emergency leave aje lah. Boleh tak? Macam biasa, sakit yang menyerang hanyalah sakit kepala.

Hehe best jugak duduk rumah. Sebab sekarang kerja memang penat. Mulut ni seboleh boleh tanak mengeluh, tapi dalam hati mengeluh jugak. Bukan ape, serius penat. Hari hari kerja 12 jam for a month. Penat tahu taaaakkkkkk. Haa sampai sakit kepala ni haa. Okay stop.

Btw tinggal beberapa hari lagi je dah nak habis kerja. Hmm lagi 12 hari kot. Cuti semua dah tolak. Oh Thaipusam kena kerja pulakk. Hopefully sampai petang je laa.

Sejak akhir akhir ni, kehidupanku menjadi semakin ceria *hamboi* Dengan mengenangkan kerja dah nak habis, sem baru dah nak masuk, tak sabar nak start belajar sebab penat kerja, happy to leave the company tapi sedih at the same time, being in a good relationship, my cousin kahwin pastu fikir bila pulak my turn, siblings relationship yang memang best gila, parents yang gila gila. I feel blessed. Alhamdulillah :D




Sunday, January 15, 2012

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum readers!

Selamat tahun baru (: Yeeee aku tahu. Dah 2 minggu masuk tahun barunye. Baru dapat tulis entry baru. Haih. Know why? Sebab tahun baru ni lah waktu yang sangat busy. Audit + console, kombo terbaik bulan 12 - 4. Peak period. Masuk kerja macam biasa dah balik lambat. Masuk 830 balik 2100. Gilo power mata dijangka bertambah kerana mengadap pc lama sangat. Haih

Okay tak boleh mengeluh. Sebab tu apa yang aku nak. Nak rasa sangat masa audit dengan console punya tense. Haa amek. Lagi lagi dah jadi contingency sekarang, kerja pun banyak.But Alhamdulillah, semua orang sangat best! Even dalam keadaan yang macam ni pun dapat officemates yang sempoi memang best laa

Hmm apa yang dah terjadi selama dua minggu kita masuk tahun baru ni ye? Errr takde pape yang special kot. Sama je hari hari :P

Ohhh tapi yang ni kelakar! Ada satu hari ni, tolong mak masak kat dapur.

Aku : Singgang si ikan singgang (nyanyi lagu Geylang si Paku Geylang). Oppppss tak boleh nyanyi kat dapur

Mak : Haa nanti dapat laki tua

Aku : Alaa takpe lah laki tua. Kalau muda ewww

Mak : Dah ada calon kak?

Aku : Ehh mana adaaa

And then, the other day, Puan Mak kat dapur, i was on my way to toilet,

Aku : Ohhh emaaakk (lagu oh mama saya mahu kahwin)

Mak: (Muka senyum) Haa biar mak sambung, saya mahu kahwinnnn

Aku: Ehhh mana ada. Takde takde takde

Mak : Haaa kak. Sekarang ni anak no 2 kahwin dulu tau. Tengok tu Abang Sham (my cousin). Anak no 2. Tu anak Pak Cik Amir no 2 pun nak kahwin dulu

Aku: Ohh tu diorang laaaaa

Kenapa dah cakap pasal kahwin ni?!

Thursday, November 24, 2011

Hai semua

Assalamualaikum dan selamat tengah hari :) Hari ni dah hari Khamis. Esok Jumaat. Esok ada gerakemas kat office ni haa. Pastu cuti lagi Sabtu, Ahad dengan Isnin. Bestnya! Lagi2 bila ada orang ajak pergi jalan jalan pergi Universal Studios lagi. Tapi aku dah pergi dah last month. Kalau kakak tu belanja entry okay gak kannn haha. Hari ni hari yang agak boring. Takde banyak kerja. Best tu best la tapi rasa aneh sebab duk rileks je. Aku rasa sebab kakak tu dah bagi kat orang lain kot. Bagus jugak hoho. Eh terasa skema pulak entry kali ni. Haha sebab tu tulis dari ipod so tak banyak sangat idea(?) Sebab lappy tiba tiba sakit pergi hantar repair tapi belum siap -_- Kalau nak online mmg kat office je laa Hehe tu je la buat kali ni. Bye bye readers! \(^_^)/

Wednesday, November 9, 2011

Jujur tu penting, tapi kadang kadang tak perlu

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Hehe curi masa lunch kejap. Tulis kejap. Tengah ada idea ni haha

Okay berdasarkan tajuk, hari ni nak cakap pasal tu laa. Semua orang tahu jujur tu penting (kan?) Siapa suka kalau orang tu tipu? Akan tetapi, kadang kadang jujur tu tak perlu ditunjukkan secara jelas. Faham tak? Kalau tak paham, meh bagi satu contoh.

Contoh:

A suka masak. Satu hari dia jumpa satu resepi pastu dia nak try masak/ bake or ape apelah. Pastu bila dia dah masak, housemates dia semua nak makan. Sebab bau dia macam sedapppp je. Tapi bila dah rasa, taklah sesedap yang disangka. Pastu ada seorang housemate dia kata "Eeee apa ni, tak sedap lah!" Hmm sedihh si A ni kan.

Cuba korang kat tempat si A? Tipu kalau korang tak rasa apa apa. Tak normal kottt :P

Paham kan situasi ni? Soooo conclusionnya : Jujur tu perlu. Tapi kadang kadang tak perlu nak sebut out loud. Menjaga hati orang juga penting. Betul?

Renung renungkan dan selamat beramal (:
Sama sama kita baiki diri kearah yang lebih baik! Chaiyok!

Tuesday, November 8, 2011

Tag dari Aishah (:

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hai sekarang ni rajin pulak la nak update blog. Maklumlah dah ada kawan kawan blog so macam eksaited nak tulis haha! Tapi sekarang ni guna lappy adik memandangkan lappy sendiri rosak tak tentu pasal. Hardisk dia problem. Kena laa hantar repair :(

Okay cakap banyak tak guna, sekarang nak jawab soalan la heheh (kena pantas sebab adik dah tunggu nak guna pulak haihhh)

Hmmm disebabkan aku dah tulis 11 things about me (Read the previous post), so this time I'm gonna skip that part. Boleh tak Aishah? Pleaseeee pleaseee pleassseee okay thanks! :P

Here it goes!

1. Apa perception kowang bile first tyme jumpa owang?
Hmm perception eh. Kita rasa awak sangat mature dari yang lain laa. Macam orang lain kata tuuuu huhu

2. 1 perkara yg xlh lupe pasal owang..
Perkara yang paling takleh lupa masa part 1 awak tunggu a***m depan kolej! Ingat sampai sekarang haha!

3. Owang lg ok pakai spec ke x? Npe?
Kita lagi suka awak pakai spec! Sebab kita memang suka orang pakai spec. Termasuklah diri sendiri hahaha *perasan

4. Owang ngn a***m sesuai x? Npe?
Sesuai sangattttttttttttttt! Sebab dah nampak korang dari first sem memang sesuai pun.Sweet jee

5. Antara nampak cantek/handsome or nampak kurus yang mana korang pilih?
Hmm kita pilih average. Taknak handsome sangat, taknak kurus sangat. Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kannnnn

6. Perkara yang korang teringin sangat sampai sekarang belum dapat
Pergi Bandung! Dah lama dah plan tapi semuanya hampa belaka

7. Perangai manusia yang korang tak boleh tolerate. Nape?
Menggatal. Sebab sakit mata tengok. Dengan ni ko nak menggatal, dengan tu ko nak menggatal jugak. Kalau dengan orang single boleh la tahan sikit, kalau dengan orang yang dah bertunang memang aku tak boleh nak tolerate. Eeee please lah ada rasa malu sikit

8. Nama lelaki yang korang rasa suke/best/macho?
Suka nama start huruf F. Tapi taklah semua. Macam Fahdli, Faris, Faidhi. Tapi since tengok cerita Kashaf Imani, terus sukaaa gila nama tu!

9. Nama perempuan yang korang rasa best/cute/feminin?
Hmm sekarang ni banyak nama moden moden kan. Tapi aku suka nama simple je. Macam nama sendiri laa haha :P Nama Aishah pun suka gak hehe. Suka nama Imani, Amani, Sara, Amira, Najwa(?)

10. Lepas abeh degree ni, ape perancangan korang?
Honestly, takde perancangan lagi. Bincang jom!

11. Bende yang paling best jadi masa belajar
Jadi Presiden Renjer Puteri. Haha korang sangka tak muka seposen ni jadi leader? Aku sendiri tak percaya jadi presiden. Pastu buat announcement salah, budak2 tak nak dengar cakap aku, memang fail -_-. Tapi jambori tahun tu memang the bomb habis! Dapat no 3 keseluruhan! Campsite dapat 1st. Best gila! Sejarah tuuu. Batch lain pun tak dapat challenge laa ahahahahaha


Okay tu je readers! Kejap lagi nak tengok Edisi Khas pastu nak tengok Ustaz Don *tu pun nak bagitahu ke? -_-

Okay bye. Thanks for reading! :)