Tuesday, January 31, 2012

All is well (:

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ni aku tak pergi kerja. Bukan ponteng ye. Tapi emergency leave. Ewah ewah. Sebenarnya mc, tapi oleh sebab tak pergi klinik mintak mc, so jadi emergency leave aje lah. Boleh tak? Macam biasa, sakit yang menyerang hanyalah sakit kepala.

Hehe best jugak duduk rumah. Sebab sekarang kerja memang penat. Mulut ni seboleh boleh tanak mengeluh, tapi dalam hati mengeluh jugak. Bukan ape, serius penat. Hari hari kerja 12 jam for a month. Penat tahu taaaakkkkkk. Haa sampai sakit kepala ni haa. Okay stop.

Btw tinggal beberapa hari lagi je dah nak habis kerja. Hmm lagi 12 hari kot. Cuti semua dah tolak. Oh Thaipusam kena kerja pulakk. Hopefully sampai petang je laa.

Sejak akhir akhir ni, kehidupanku menjadi semakin ceria *hamboi* Dengan mengenangkan kerja dah nak habis, sem baru dah nak masuk, tak sabar nak start belajar sebab penat kerja, happy to leave the company tapi sedih at the same time, being in a good relationship, my cousin kahwin pastu fikir bila pulak my turn, siblings relationship yang memang best gila, parents yang gila gila. I feel blessed. Alhamdulillah :D




Sunday, January 15, 2012

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum readers!

Selamat tahun baru (: Yeeee aku tahu. Dah 2 minggu masuk tahun barunye. Baru dapat tulis entry baru. Haih. Know why? Sebab tahun baru ni lah waktu yang sangat busy. Audit + console, kombo terbaik bulan 12 - 4. Peak period. Masuk kerja macam biasa dah balik lambat. Masuk 830 balik 2100. Gilo power mata dijangka bertambah kerana mengadap pc lama sangat. Haih

Okay tak boleh mengeluh. Sebab tu apa yang aku nak. Nak rasa sangat masa audit dengan console punya tense. Haa amek. Lagi lagi dah jadi contingency sekarang, kerja pun banyak.But Alhamdulillah, semua orang sangat best! Even dalam keadaan yang macam ni pun dapat officemates yang sempoi memang best laa

Hmm apa yang dah terjadi selama dua minggu kita masuk tahun baru ni ye? Errr takde pape yang special kot. Sama je hari hari :P

Ohhh tapi yang ni kelakar! Ada satu hari ni, tolong mak masak kat dapur.

Aku : Singgang si ikan singgang (nyanyi lagu Geylang si Paku Geylang). Oppppss tak boleh nyanyi kat dapur

Mak : Haa nanti dapat laki tua

Aku : Alaa takpe lah laki tua. Kalau muda ewww

Mak : Dah ada calon kak?

Aku : Ehh mana adaaa

And then, the other day, Puan Mak kat dapur, i was on my way to toilet,

Aku : Ohhh emaaakk (lagu oh mama saya mahu kahwin)

Mak: (Muka senyum) Haa biar mak sambung, saya mahu kahwinnnn

Aku: Ehhh mana ada. Takde takde takde

Mak : Haaa kak. Sekarang ni anak no 2 kahwin dulu tau. Tengok tu Abang Sham (my cousin). Anak no 2. Tu anak Pak Cik Amir no 2 pun nak kahwin dulu

Aku: Ohh tu diorang laaaaa

Kenapa dah cakap pasal kahwin ni?!