Wednesday, June 1, 2011

Practical training

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni hari pertama latihan praktikal aku kat ECR (Effective Corporate Resources Sdn Bhd). Company ni merupakan salah satu JCorp punya company laa. Company ni kecik je. Termasuk aku dengan Kila, 34 orang je. Tu pun duduk kat ceruk belakang, kira okay la daripada takde langsung kan ;)

Mula mula tadi datang pukul 800 pagi. Semangat gila kau. Sekali jumpa dengan Pn Hayati, dia kata office hour start pukul 830, pergi la makan makan ke. Aku kata aku dah makan (padahal belum sebab nervous gila) so duduk je la dekat tempat menunggu tu kan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, cuba teka pukul berapa baru dapat tempat? PUKUL 10+. Gilo

Tapi takpe lah kot. Sebab bos (wah aku dah ada bos!) busy, baru masuk kerja dari bercuti sebab apatah, patah tangan kot. Diorang setting tempat lagi, dimaafkanlah. Aku paham -.-'' Berkenalan dengan staff semua, lepas tu dapat pass masuk, sebab pintu dia macam pintu kelas kat UiTM tu, kena guna smart card. Then pergi jalan ronda ronda JCorp punya department kat Persada pastu Kotaraya pulak. Cis. Oh lupa nak cakap aku punya mentor lelaki.

Selepas beberapa ketika, ada sorang kakak ni panggil aku bagi kerja. Kerja dia kena cari invoice yang dah clear (dah bayar) pastu stamp PAID besar besar. Aku adalah buat 2-3 mistake, salah tarikh, terbalik(haha!) tapi cover sendiri la hihi. File dia satu je tapi banyakkkkk tau! Aku siap pukul 450.

Aku: Kak, saya dah siap

Kakak: Huh? Dah siap? Semua? Sampai habis? Satu file tu?

Aku: ?? Haah dah habis

Kakak: Wow cepatnyaa. Okay okay

Hahah cepat siot aku buat kerja. Esok dah ada kakak cop aku. Ready je laa. Dah habis, aku pergi kat Kila, OMG dia dapat lagi banyakkk! Nasib baik aku tak sama mentor dengan dia hahaha!

Ps: Jumaat mak nak pergi Sabah. Esok kalau bos bagi cuti boleh lah ikut weehuu! Kalau tak...

No comments:

Post a Comment