Tuesday, June 21, 2011

Gyahhhh

Assalamaualaikum dan selamat tengah malam dah nak tidur dah

Yaaa tajuk di atas menunjukkan contoh bunyi semasa menggeliat. Wah wah wah. Sodappp giteww. Okay geli. Malam ni penat sikit sebab baru lepas main badminton, pastu mandi basah rambut semua sebab dah mandi peluhh *phewww dah lama gila tak bersukan!

Sejak praktikal ni, tu salah satu benda yang best. Diorang setiap hari Isnin ada book court badminton kat sekolah Foon Yew. Main 2 jam. Woo best woh! Gilaaa lama wa tak sukan wa cakap lu. Minggu ni minggu ke-2 main. Okay sikit dari minggu lepas. Minggu lepas bajet terrer sangat badan tough bla bla bla whatsoever, main tak warm up langsung! Bila balik, penat. Esoknya, badan steady lagi. Masuk lusa, waduhhhh sengal dia, seminggu tak hilang kejung hahah

Tapi minggu ni warm up, okay sikit laa. Tapi bab peluh tu, mengalir sampai masuk mata. Hmmm rasanya kena beli contact lens dengan raket ni! Haha tunggu duit masuk laa apa lagi

Okay hari dah malam, esok nak kerja, tata titi tutu!

No comments:

Post a Comment