Wednesday, May 25, 2011

Si Kucing



Assalamualaikum dan selamat pukul 11.22 pagi.

Wah wah hari ni bangun pagi sikit. Pukul 9.30. Semalam lagi awal. Oh takpe. Ni average lah kannn. Time ni la nak bangun lambat lambat sikit, lepak lepak jap, mandi lambat dan lama lama. Hahaha.

Aku baru online ni. Semalam online 5 minit cilok adik punya laptop jap, lepas tu pergi Angsana sebab nak beli kain untuk baju raya tahun ni memandangkan mak cik jahit baju tu amek tempahan sampai bulan 6 je. Tahun ni baju 3 pasang kot. Tema hijau pucuk pisang. Tapi aku punya baju semua out of theme. Haha susah kot nak cari baju warna hijau pucuk pisang. Buruk.

Okay kali ni nak cerita pasal Si Kucing. Siapa yang rapat dengan aku tahu la aku ada sekor kucing. Nama dia Combi sempena watak dalam cerita Kasim Selamat. Ni betul tau tak tipu punyaaaa hahaha. Sebab abah yang bagi nama, so mesti la klasik sikit kannn.

Si Kucing ni memang mengada ngada. Sombong dengan orang dan hanya berlakon baik masa nak makan. Time tu lah dia duk gesel gesel mintak makan. Kalau tak, haremmmm nak baik ngan orang. Oh dia tak lah sombong dengan semua orang, dia baik dengan abah je. Gedik betul! Kalau korang tengok kemanjaan dia, terasa nak sepak sekali dua.

Pagi pagi kalau aku bangun subuh je, mesti dia tengah duk kat atas riba abah, duk diammmmm je. Kalau aku panggil suh duk atas riba aku, hampeh jalan tak pandang pun. Rasanya antara adik beradik aku ni, aku je yang jarang la main dengan dia. Takut kena cakar. Si Kucing ni angin tak betul gak. Kadang kadang macam kucing gila.

Oh! Aku baru perasan yang kucing aku ni berkawan dengan kucing yang sama colour dengan dia. Hitam-Putih jeee aku tengok. Ada dua ekor; Demok dan Cemong (kot). Haha!



No comments:

Post a Comment