Tuesday, November 1, 2011

Tag dari Cik Lysa (:

Assalamualaikum dan selamat malam readers (:

Malam ni sebenarnya rasa macam nak update benda alah ni tapi takde idea pulak. Sekali bila bukak email, TING! (Okay sebenarnya bunyi tu takde pun) Ada email dari Lysa! Ooo dia main tag tag kita pulak ehh. Hehe. Tapi bagus jugak sebab diri ini rasa bersemangat nak update di samping soalan telah tersedia. Ewah ewah nampak sangat malas fikir. Ish3. Readers semua jangan ikut perangai ni ya. Hoho

Okay here it goes!

11 THINGS ABOUT ME


*Aww sebenarnya hari tu nak tulis pasal ni gak. Tapi suka tangguh kan, tak jadi pulak. Tapi takpe sekarang gak tulis! Hewhewhew


  1. Suka patahkan ruas jari. Sambil tengah taip ni, stop kejap patah patah kan hehe. Orang kata tak elok kan, nanti tulang kat tengah tengah tu besar, susah pakai cincin. Tapi dah biasa nak buat macam mana :(
  2. Tak suka kena cium. Cium ni bukan yang macam sentuh sentuh pipi tu, yang tu takpe. Cium ni like, kucup la. I dont know why, tapi bila orang cium je automatic rasa macam nak lap! Hahaa. Tapi bukan time orang je aku lap, tapi bila aku cubit or pegang something that rasa tak selesa e.g. minyak, air, automatic akan lap. Ni tak tipu. Aku sendiri tak perasan tapi adik aku perasan hehh -__-
  3. Tulisan tak pernah fixed. Sentiasa berubah mengikut mood dan cara pegang pen 
  4. Suka jam! Sekarang baru ada 6
  5. Suka cermin mata jugak! Oh sesiapa yang baca entry ni, cuba teka sekarang ni cermin mata yang ke berapa? Siapa betul dapat hadiah! Huhu
  6. Suka nyanyi lagu iklan. Hari adik cakap "Haa kakak suka nyanyi lagu iklan" dan aku pun berfikirrrr dan rasaaaa hmmm betul jugak.
  7. Tak pandai layan budak kecik. Kalau budak kecik datang nanti aku macam awkward dan errr buat buat usap, senyum and last last diorang attract kat gigi besi -_-'
  8. Suka masak masa kat rumah sewa je. Err tapi takde lah suka gila masak hari hari nak masak, tapi dalam kepala ni asyik fikirrr je apa nak masak. Takde lah pandai sangat sebenarnya hehe. Kat rumah sendiri memang harapan la nak masak. Mak masak sedap kenapa nak bazir tenaga masak sendiri? Hehe
  9. Tak suka tengok cerita hantu, pcycho bunuh bunuh. 
  10. Suka no 2 & 10
  11. Tak boleh tido dalam keadaan bising. Kecuali mata ni dah super duper mengantuk
11 QUESTIONS FROM LYSA (:

  1. Apa perkara yang anda suka buat tapi anda rasa orang tak suka buat?
  2. Apa makanan yang paling paling paling anda suka? Dan kenapa suka makanan tu? Satu je tau, tak nak banyak2
  3. Pengalaman paling manis sejak lahir sehingga umur sekarang ni. Satu je tau
  4. Pengalaman paling pahit sejak lahir sehingga umur sekarang ni. Ni pun satu je tau.
  5. Suka makan coklat tak? Kalau suka, paling suka coklat apa? Kalau tak suka, kenapa?
  6. Ingat tak masa pertama kali jumpa saya waktu bila? Dan apa pandangan anda pada saya bila dah kenal saya?
  7. Movie apa yang anda paling suka? Suka hatilah nak list banyak mana :D
  8. Dulu masa sekolah, suka tak dengan pengawas? Jujur ok!
  9. Sekarang pukul berapa? Tengah-tengah taip ni, berhenti kejap dan tengok jam pukul berapa ok.
  10. Dah makan? Kalau dah, makan apa tadi? Kalau belum, berhenti lah kejap pergi makan dulu ok.
  11. Apa perasaan kena tag dengan saya? Hehehe


THE ANSWERS (:
  1. Err nyanyi lagu iklan?
  2. Nasi Lemak. Sebab dia banyak lemak thats why sedap!
  3. Masuk MRSM. Bangga dan tak pernah menyesal.
  4. Tak berapa suka ingat yang pahit sebenarnya. Hmm dapat markah rendah Math masa Form 3 sampai menangis sebab tak nak buat pembetulan banyak kali haha
  5. Suka tapi tak lah suka gilaaaa. Suka Toblerone, M&M's, Nips. Cadbury tak minat sangat. Tapi masa Form 2 pernah habiskan satu bar besar seorang masa prep malam. Hebat tak?
  6. Jumpa masa Form 1. Tapi kenal masa Form 4. Orangnya mesra, baik hati (selalu tiru jawapan add math hehe), peramah, suka tidur tapi pandai! *Jealous
  7. Paling suka takde rasanya. Sebab biasa tengok sekali pastu cerita kat orang bla3 pastu dah lupa okaybai
  8. Suka! Sebab diri sendiri pengawas! Haha
  9. Jam lappy menunjukkan pukul 23.25
  10. Dah. Pagi dengan tengah hari, makan mee hoon goreng bonda yang dimasak dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut. Hamboi! Malam: Nasi & Tom Yam Goong. Bonda masak gak (:
  11. Gembira! First time kena tag! :DDDD * Jakun

11 INSAN BERTUAH KENA TAG! *TEPUK TANGAN
  1. Aisyah Nazurah
  2. Aishah Rajindra
  3. Princess
  4. Iffah
  5. Jihan
  6. Mel
  7. Dayah
  8. Err tak cukup follower :(
11 SOALAN UNTUK ANDA

  1. Lagu yang paling bermakna & berkaitan dengan hidup/diri anda
  2. Fav colour
  3. Anda paling suka?
  4. Sukan apa yang anda paling terer?
  5. Waktu lapang suka buat apa?
  6. Best tak praktikal?
  7. Anda prefer mana? Kucing ke arnab?
  8. Pizza Hut or Dominos?
  9. Facebook ke Twitter?
  10. Negara yang ingin anda lawati?
  11. Tokoh yang anda ingin ketemu hehe
Okay sampai sini sahaja. Penat ni perah otak nak tulis apa haha

* Soalan sengal nampak sangat desperate takde idea :P


2 comments:

  1. thanks wawa sbb buat!wehooo seronok!:D

    ReplyDelete
  2. wawa mmg suke tiru iklan..yg tu for sure..huhuhuhu antaranye:
    1.mountain dew punye iklan (do do do the dew)
    2.milo sejuk..>__<

    ReplyDelete